Reaktor No. 1 loji nuklear di Wilayah Fukushima, kendalian Tokyo Electric Power (TEPCO), dilaporkan mengeluarkan bunyi letupan pada pukul 3.36 petang tadi dan kemudian menghamburkan asap putih, sehingga mengakibatkan beberapa stafnya cedera. Punca letupannya kini masih belum diketahui.
Seorang pakar dari Pemantauan Geologi A.S. (USGS) menganggarkan bahawa gempa bumi dahsyat yang melanda Jepun kali ini akan mengakibatkan kerugian sebanyak berpuluh-puluh bilion dolar Amerika, melainkan kerugian ekoran bencana tsunami.