Cari:
Sidang Tahunan CPPCC Berakhir
2011-03-13 15:53:52 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC, Jia Qinglin berucap menutup sidang tahunan CPPCC.

Sidang Ke-4 Jawatankuasa Kebangsaan Ke-11Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) berakhir dengan jayanya di Beijing hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC, Jia Qinglin, ketika berucap menutup sidang tahunan tersebut, menyatakan bahawa dalam tempoh berlangsungnya sidang tahunan ini, para anggota CPPCC telah mengemukakan banyak cadangan mengenai isu-isu yang penting, termasuk kaedah untuk mempercepat pengubahsuaian pola pembangunan dan struktur ekonomi, menjamin dan memperbaiki hidup rakyat, memakmurkan kebudayaan sosialis serta membaharui pentadbiran awam. Ini cukup untuk memperlihatkan inti pati sistem demokrasi yang diamalkan oleh CPPCC selama ini.

Sidang tahunan CPPCC yang dirasmikan pada 3 Mac lalu ini, menerima cadangan sebanyak 5,762 buah daripada anggotanya. Daripada jumlah itu, 5,408 buah difailkan, mewakili 93.86% daripada jumlah keseluruhannya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China