Cari:
Gempa Bumi di Jepun Berukuran 9 Skala Richter, Angka Korban Cecah 800 Orang
2011-03-13 16:01:39 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Kerajaan Jepun hari ini meningkatkan tahap gempa bumi yang melanda kawasan perairan bahagian timur lautnya daripada 8.8 kepada 9 pada skala Richter.

Menurut pihak polis Jepun, gempa bumi tersebut serta bencana tsunami ekorannya sudah mengakibatkan hampir 800 orang terkorban.

Setakat ini, tiada laporan tentang warga China yang terkorban atau cedera dalam gempa bumi dan tsunami itu diterima. Menurut statistik yang diumumkan oleh Kedutaan Besar China di Jepun, kira-kira 7,000 warga China yang berada di Wilayah Miyagi, salah sebuah kawasan yang paling teruk dilanda bencana gempa bumi. Antaranya, kira-kira 2,000 orang ialah pelajar China yang menuntut di Jepun.

Pasukan Penyelamat Antarabangsa China yang terdiri daripada 15 anggota, dilaporkan sudah tiba di Tokyo tengah hari tadi. Kemudian, mereka terus menuju ke kawasan yang paling teruk dilanda bencana gempa bumi dan tsunami di bahagian Timur Laut negara itu untuk menjalankan misi bantuan kemanusiaan selama tujuh hingga sepuluh hari di sana.

Selain itu, kerajaan Malaysia juga menghantar Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas (Smart) serta pegawai perubatan ke Jepun bagi membantu usaha menyelamat mangsa gempa bumi dan tsunami pada 11 Mac lalu.

Setakat pukul 9.00 pagi tadi, sebanyak 69 buah negara dan wilayah serta 5 buah pertubuhan antarabangsa yang menyatakan kesediaan untuk menghantar pasukan penyelamat ke Jepun.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China