Jabatan Bomba Sekretariat Kabinet Jepun memaklumkan hari ini, 22 orang terdedah kepada radiasi dalam kawasan 10 kilometer di sekitar Loji Tenaga Nuklear Fukushima Pertama.
Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo mengumumkan pagi tadi, sistem penyejuk bagi reaktor No.3 loji tersebut tidak berfungsi. Pihaknya berusaha melepaskan stim dalam reaktor tersebut. Sebelum ini, reaktor No.1 dan 2 loji pertama dan reaktor No.1, 2 dan 4 untuk loji fukushima nombor dua juga mengalami kerosakan sistem penyejuk.
Syarikat itu juga mengumumkan bahawa pihaknya telah memasukkan air laut ke dalam reaktor No.1 loji pertama untuk menjamin keselamatan di kawasan tersebut.