Cari:
Dunia Gembeleng Tenaga Bantu Mangsa Bencana di Jepun
2011-03-14 11:59:03 CRI Cetak

Gempa bumi dahsyat yang melanda Jepun sehingga mencetuskan gelombang tsunami pada 11 Mac lalu, telah mengejutkan seluruh dunia. Akhir-akhir ini, masyarakat antarabangsa yang penuh rasa simpati, terus-menerus menghulurkan bantuan kepada negara tersebut.

Gelombang tsunami yang dicetuskan oleh gempa bumi yang melanda bahagian timur laut Jepun itu memusnahkan hampir semua wilayah Jepun di kawasan pantai Lautan Pasifik, sehingga mengakibatkan kemalangan jiwa dan kerugian harta benda yang amat serius. Impaknya juga turut merebak ke negara dan wilayah yang lain. Lebih daripada sepuluh buah negara, termasuk Rusia, Filipina, Indonesia, Australia, New Zealand, Mexico, Kanada dan A.S., telah mengeluarkan amaran tsunami dan menggerakkan mekanisme respons bencana. Beberapa buah negara, seperti Rusia dan Filipina, juga bertindak untuk memindahkan penduduknya yang tinggal di kawasan pantai yang berisiko terkena impak tsunami.

Selepas gempa bumi itu berlaku, Perdana Menteri China, Wen Jiabao telah mengutus kawat kepada rakan sejawatnya dari Jepun, Naoto Kan untuk menyampaikan rasa simpati kerajaan China terhadap kerajaan dan rakyat Jepun, di samping menyatakan kesediaan kerajaan China untuk memberikan bantuan yang diperlukan kepada Jepun. Dua hari selepas itu, Pasukan Penyelamat Antarabangsa China yang terdiri daripada 15 anggota yang cukup berpengalaman, telah pun berlepas dari Beijing, menuju ke kawasan yang paling teruk dilanda bencana gempa bumi dan tsunami di bahagian Timur Laut Jepun untuk menjalankan misi bantuan kemanusiaan selama tujuh hingga sepuluh hari di sana.

Ketika kerajaan Jepun bertungkus-lumus untuk menyelamatkan mangsa, negara-negara di dunia juga tidak keberatan untuk menghulurkan bantuan. Semangat perikemanusiaan begini cukup mengharukan. Pihak Kementerian Luar Jepun memaklumkan bahawa setakat pagi semalam, sebanyak 69 buah negara dan wilayah serta 5 buah pertubuhan antarabangsa yang sudah atau bersedia untuk menghantar pasukan penyelamat ke Jepun.

Bencana alam ialah musuh yang dihadapi bersama oleh umat manusia. Ketika ia terjadi, perpaduan umat manusia kelihatan amat-amat diperlukan. Bumi yang merupakan rumah bersama umat manusia ini pasti dapat dijaga dengan baik sekiranya negara-negara di dunia dapat menggembleng tenaga, bantu-membantu, dan bersedia berkongsi pengalaman dalam usaha menghadapi bencana dan menyelamat mangsa.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China