Cari:
Sidang Tahunan NPC Berakhir
2011-03-14 09:54:03 CRI Cetak

Sidang Ke-4 Kongres Rakyat Kebangsaan Ke-11 China (NPC) berakhir di Beijing pagi tadi. Pemimpin-pemimpin China, Hu Jintao, Wu Bangguo, Wen Jiabao, Jia Qinglin menghadiri majlis penutup yang dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap NPC, Wu Bangguo itu.

Sidang tahunan kali ini telah meluluskan laporan kerja kerajaan yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Wen Jiabao, program Rancangan Pembangunan Sosioekonomi Negara Lima Tahun Ke-12, Rancangan Pembangunan Sosioekonomi Negara 2011, Belanjawan Pusat 2011, Laporan Kerja Jawatankuasa Tetap NPC, Laporan Kerja Jabatan Peguam Rakyat Tertinggi dan Laporan Kerja Mahkamah Rakyat Tertinggi.

Wu Bangguo semasa berucap pada majlis penutup itu berkata, NPC akan terus mempertingkat kerja penggubalan undang-undang, menyempurnakan sistem perundangan sosialis yang bercirikan China, serta menumpukan perhatian terhadap keberkesanan penguatkuasaan undang-undang.

Sidang tahunan yang dirasmikan pada 5 Mac lalu itu telah menerima 566 usul, antaranya 558 yang berkaitan dengan penggubalan dan pemindaan undang-undang.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China