Sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) dan Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) telah berakhir di Beijing pada 13 dan 14 Mac. Media dan pakar asing menumpukan perhatian terhadap sidang tahunan tersebut serta pembinaan sistem perundangan China. Mereka memuji usaha memperhebat tindakan terhadap mereka yang menyalahgunakan kuasa.
Akhbar Chinese Biz News A.S. menyiarkan rencana pengarang yang menyatakan, sistem kehakiman China akan menjadi jaminan bagi pengubahsuaian model pembangunan ekonomi negara itu.
Voice Of America mengulas bahawa pembinaan kerajaan yang bersih tanpa rasuah yang disebut oleh Perdana Menteri Wen Jiabao dalam laporan kerja kerajaan mencerminkan, kerajaan China akan mempertingkat tindakan untuk menghukum mereka yang terlibat dalam kes rasuah.
Pakar polisi awam Singapura, Chen Kang pula menyatakan, rakyat China menumpukan perhatian terhadap isu keadilan kehakiman dan berharap supaya badan kehakiman dapat menjalankan tugas dengan adil dan berkecuali, ini amat penting.