Setelah Sidang Ke-4 Kongres Rakyat Kebangsaan Ke-11 China (NPC) berakhir, sidang akhbar turut diadakan di Dewan Besar Rakyat Beijing pagi tadi. Perdana Menteri, Wen Jiabao menghadiri sidang akhbar tersebut dan menjawab soalan wartawan dalam dan luar negara.
Dalam sidang akhbar yang berlangsung selama lebih dua jam itu, Perdana Menteri Wen Jiabao telah menjawab 12 soalan yang melibatkan masalah pertumbuhan ekonomi, kadar tukaran RMB, tindakan China dalam menangani krisis kewangan global dan mengekang inflasi, pembangunan syarikat swasta, pendapatan kaum tani, kerjasama antara Tanah Besar dengan Taiwan dan lain-lain.