Cari:
Wen Jiabao: Kualiti dan Kecekapan Pertumbuhan Ekonomi Lebih Diutamakan
2011-03-14 15:16:10 CRI Cetak

Setelah Sidang Ke-4 Kongres Rakyat Kebangsaan Ke-11 China (NPC) berakhir, sidang akhbar turut diadakan di Dewan Besar Rakyat Beijing pagi tadi. Perdana Menteri, Wen Jiabao menghadiri sidang akhbar tersebut dan menjawab soalan wartawan mengenai pertumbuhan ekonomi, pembaharuan sistem politik, usaha kerajaan untuk mengekang inflasi dan lain-lain.

Beliau berkata, China memperlahankan pertumbuhan ekonomi supaya mewujudkan pembangunan ekonomi yang lebih bergantung kepada kemajuan sains dan teknologi serta peningkatan mutu tenaga kerja. Ini adalah demi mempertingkat kualiti dan kecekapan pertumbuhan ekonomi. Sementara itu, China akan mengutamakan usaha mengekang inflasi dalam kawalan makro.

Ketika menjawab soalan tentang pembaharuan sistem politik, Wen Jiabao berkata, pembaharuan sistem politik memang sukar dijalankan di negara yang mempunyai populasi 1.3 bilion orang ini. Pembaharuan sistem politik juga dilaksanakan selaras dengan pembaharuan sistem ekonomi.

Pada akhir sidang media tersebut, Wen Jiabao juga menyatakan bahawa kerajaan China bersedia terus mengalurkan bantuan kepada Jepun yang dilanda bencan gempa bumi.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China