Cari:
Pasukan Penyelamat Antarabangsa China Memulakan Tindakan Menyelamat di Kawasan Bencana Jepun
2011-03-14 10:31:43 CRI Cetak

Pasukan Penyelamat Antarabangsa China yang terdiri daripada 15 orang telah memulakan tindakan menyelamat di bandar Oofunato, Iwate Ken Jepun yang dilanda Tsunami ekoran gempa bumi dahsyat pagi tadi.

Pasukan tersebut yang tiba di Jepun malam tadi merupakan pasukan penyelamat antarabangsa yang paling awal tiba di Oofunato. Mereka telah membawa alat yang membantu mencari dan menyelamat serta barangan lain yang seberat beberapa tan. Anggota pasukan itu termasuk penyelamat dan doktor. Misi utama mereka adalah mencari dan menyelamat orang yang masih hidup serta membantu pemulihan pembekalan elektrik dan telekomunikasi di kawasan itu. Pasukan itu dijangka akan bertugas selama 7 hingga 10 hari di kawasan bencana tersebut.

(Pasukan Penyelamat Antarabangsa China kelihatan memberi bantuan kepada mangsa Jepun.)

Naib Menteri Luar Jepun, Banno Yutaka pergi ke lapangan terbang untuk menjemput pasukan penyelamat China dan menyatakan alu-aluan terhadap kedatangan pasukan penyelamat China dengan begitu cepat.

Menurut Jabatan Polis Jepun, setakat pukul 8.00 pagi tadi, gempa bumi yang dahsyat serta Tsunami ekorannya yang melanda Jepun pada 11 Mac lalu telah mengakibatkan1,598 orang mati dan 1,720 orang lagi hilang.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China