Perdana Menteri China, Wen Jiabao telah berhubung dengan rakan sejawatnya dari Jepun, Naoto Kan dan mewakili kerajaan China menyampaikan simpati kepada kerajaan dan rakyat Jepun selepas gempa bumi melanda Jepun pada 11 Mac lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China, Wu Bangguo mengutus kawat kepada Presiden Dewan Rakyat dan Dewan Peraturan Jepun untuk menyampaikan simpati kepada rakyat Jepun dan menyatakan kesediaan China untuk memberikan bantuan kepada Jepun dengan sedapat mungkin.








