Cari:
Negara-Negara Asia Tenggara Puji Tinggi Kejayaan NPC dan CPPCC
2011-03-14 12:54:40 CRI Cetak

Masyarakat antarabangsa termasuk negara-negara di Asia Tenggara memberikan perhatian yang tinggi terhadap Kongres Rakyat Kebangsaan China(NPC) dan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China(CPPCC) yang diadakan di Beijing baru-baru ini. Menurut negara-negara tersebut, kedua-dua persidangan itu amat berjaya dan terwujudnya sistem perundangan sosialis yang bercirikan China mempunyai pengaruh yang mendalam.

Profesor dari fakulti politik Institut Pembangunan dan Pentadbiran Kebangsaan Thailand, Phaisan berkata, sistem perundangan di China semakin sempurna pada beberapa puluh tahun kebelakangan ini. Pada masa ini, China telah mewujudkan sistem perundangan tersendiri yang dapat menjamin kerajaan pusat dan kerajaan tempatan menjalankan pentadbiran di sisi undang-undang. Sistem perundangan yang semakin sempurna itu juga dapat menyediakan jaminan bagi kestabilan masyarakat, pertumbuhan ekonomi dan peningkatan taraf hidup rakyat.

Pengetua Pekan Nai Wiang Negeri Nan, Thailand, Surapong berkata, sejumlah besar anggota NPC dan CPPCC dipilih dari peringkat akar umbi. Mereka mewakili rakyat biasa membentang pandangan mereka. Pemimpin negara China mendengar pandangan mereka dengan bersungguh-sungguh. Keadaan ini membolehkan kerajaan mengetahui keadaan di pelbagai lapisan masyarakat dan menggubal dasar makro yang berkaitan.

Profesor dari Institut Dasar Awam Lee Kuan Yew Universiti Kebangsaan Singapura berkata, NPC dan CPPCC merupakan aktiviti politik yang menarik perhatian seluruh dunia. Kedua-dua persidangan itu menunjukkan cara pentadbiran badan berkuasa tertinggi di China dan merupakan wadah untuk mengumpulkan pelbagai cadangan dasar.

Akhbar Berita Harian Antarabangsa Indonesia melaporkan, China berjaya mewujudkan sistem perundangan sosialis bercirikan China dalam tempoh lebih 50 tahun. Ini merupakan kejayaan yang cemerlang.

Sebuah laman web Kemboja menyiarkan, tokoh-tokoh dari bidang industri dan perdagangan negara-negara ASEAN memberikan perhatian yang tinggi terhadap NPC dan CPPCC tahun ini. Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN telah beroperasi selama setahun. Logistik antara kedua-dua pihak melalui lebuh raya, perkapalan dan penerbangan akan lebih mudah.

Pegawai dari Radio Negara Vietnam pula menyatakan bahawa para wakil rakyat mengemukakan sejumlah besar cadangan dalam kedua-dua persidangan tersebut. Mereka berusaha memelihara kepentingan rakyat berdasarkan demokrasi.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China