Cari:
Loji Janakuasa Nuklear Jepun yang Mengalami Letupan Masih Dapat Dikawal
2011-03-15 11:19:56 CRI Cetak

(loji janakuasa nuklear yang diambil gambar pada Oktober tahun 2008 dan dilancarkan pada 13 Mac)

Walaupun letupan hidrogen berlaku di reaktor No.3 loji janakusa nuklear pertama di Fukushima semalam dan letupan berlaku di reaktor No. 2 pula subuh tadi, namun pegawai Jepun menyatakan, berlakunya kebocoran nuklear secara besar-besaran berkemungkinan kecil di loji janakuasa tersebut. Semua loji janakuasa di kawasan bencana masih dapat dikawal.

Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Edano Yukio berkata hari ini, radiasi nukelar di sekitar loji janakuasa yang mengalami letupan itu tidak meningkat dengan ketara, maka tidak akan membawa kesan negatif kepada penduduk berhampiran.

(perbadingan sebelum dan selepas berlakunya letupan)

Sementara itu, Jepun telah menubuhkan jabatan bersepadu yang diketuai oleh Perdana Menteri, Naoto Kan untuk menangani masalah yang mungkin akan berlaku di loji janakuasa Fukushima.

Selepas gempa bumi berlaku di Jepun, 11 reaktor dalam 4 loji janakuasa nuklear di seluruh negara itu telah menghentikan operasinya.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China