Cari:
Mangsa Korban dan Cedera dalam Gempa Bumi Jepun Lebihi 6000 Orang
2011-03-15 16:00:44 CRI Cetak

(rakyat Jepun prihatin loji janakuasa nuklear)

Jabatan Polis Jepun mengesahkan hari ini, setakat pukul 12.30 hari ini, gempa bumi Jepun yang berlaku pada 11 Mac lalu dan tsunami akibatnya telah meragut sekurang-kurangnya 2,475 nyawa, dan 3,611 orang hilang. Angka itu dijangka akan terus naik pada masa akan datang.

(rakyat Jepun prihatin loji janakuasa nuklear)

Dimaklumkan, di kawasan bencana negara tersebut kekurangan makanan, ubat-ubatan dan bahan bakar. Banyak hospital hanya dapat menyediakan rawatan yang sederhana kepada mereka yang cedera. Namun, risiko letupan dan kebocoran radiasi yang berlaku di beberapa reaktor loji janakuasa nuklear Fukushima mengancam kesihatan penduduk tempatan.

(Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan dalam sidang akhbar di Tokyo hari ini)

Syarikat Bekalan Elektrik Tokyo Jepun mengesahkan hari ini, letupan berlaku di reaktor No. 2 subuh tadi. Selain itu, wap putih keluar dari reaktor No. 3. Letupan dan kebakaran berlaku di reaktor No. 4 sehingga atap bangunan reaktor itu terjejas.

Sekarang, pihak berkenaan Jepun sedang terus memasukkan air laut untuk menurunkan suhu unit reaktor No. 1, No. 2 dan No. 3. Namun, radiasi yang lebih tinggi 100 kali ganda daripada piawaian yang biasa telah dikesani di selatan Fukushima. Radiasi dalam jumlah yang kecil juga dikesani di kawasan Tokyo yang sejauh 220 kilometer daripada Fukushima.

(Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan dalam sidang akhbar di Tokyo hari ini)

Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan telah memperluas jejari lingkungan bagi pemindahan penduduk berhampiran loji janakuasa Fukushima dari 20 kilometer kepada 30 kilometer.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China