Cari:
Beberapa Negara Berikan Perhatian kepada Keselamatan Loji Nuklear
2011-03-15 10:53:49 CRI Cetak

(Hasil Kajian Udara di China pada 15 Mac)

Selepas reaktor loji nuklear Jepun meletup ekoran gempa bumi melanda negara itu, China, Kesatuan Eropah, Jerman, Finland dan Khazakhastan masing-masing mula memberikan perhatian kepada keselamatan loji nuklear mereka.

Biro Keselamatan Nuklear Negara China menerangkan semalam bahawa sekarang tahap radiasi di pelbagai tempat di China tidak dilaporkan meningkat dan semua reaktor loji nuklear di China beroperasi seperti biasa. Pakar nuklear Syarikat Kumpulan Nuklear China, Xu Mi menyatakan bahawa China perlu mengambil pengajaran daripada insiden yang berlaku di Jepun, meningkatkan pengetahuan terhadap alam dan menyusun rancangan yang lebih sempurna untuk mengatasi bencana alam yang serius.

Kesatuan Eropah dijangka mengadakan mesyuarat tergempar mengenai keselamatan tenaga nuklear hari ini, membahas semula piawaian keselamatan tenaga nuklear pelbagai negara EU serta keadaan pelaksanaannya, terutamanya memeriksa rancangan pencegahan gempa bumi di pelbagai loji nuklear untuk memastikan keselamatan mereka.

Canselor Jerman, Angela Merkel mengumumkan semalam, menghentikan melaksanakan rancangan yang diluluskan tahun lalu untuk memanjangkan operasi loji nuklear dalam tempoh tiga bulan. Dalam tempoh itu, Jerman akan menjalankan pemeriksaan yang secara tuntas terhadap keselamatan yang melibatkan semua 17 buah loji nuklear di Jerman.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China