Cari:
Thongsing Thammavong Puji Tinggi CPPCC dan NPC
2011-03-15 14:53:11 CRI Cetak

Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China(CPPCC) dan Kongres Rakyat Kebangsaan China(NPC) telah ditutup pada 13 dan 14 Mac lalu. Perdana Menteri Laos, Thongsing Thammavong memuji tinggi program Rancangan Pembangunan Negara Lima Tahun ke-12 yang diluluskan oleh NPC. Menurut beliau, laporan kerja kerajaan China 2011 yang dikemukakan oleh Perdana Menteri, Wen Jiabao telah menunjukkan kemampuan kerajaan China dalam mengendalikan ekonomi. Selain itu, beliau memuji tinggi kejayaan China dalam bidang pertumbuhan ekonomi dalam tempoh pelaksanaan Rancangan Pembangunan Negara Lima Tahun ke-11. Beliau berkata, "Jumlah KDNK China mencatat 39,800 bilion yuan RMB, angka tersebut menunjukkan ekonomi China berkembang secara berterusan dan sihat. Ketika krisis kewangan melanda seluruh dunia, kerajaan China mewujudkan pertumbuhan ekonomi yang berterusan. Keadaan ini menunjukkan keupayaan yang tinggi yang kerajaan China miliki."

Sebulan sebelum ini, kerajaan Jepun mengesahkan bahawa jumlah KDNK China telah melebihi Jepun dan menjadikan negara tirai bambu ini entiti ekonomi kedua terbesar di dunia. Di samping memuji tinggi kejayaan China tersebut, Thongsing Thammavong juga mengesyorkan kerajaan China menangani secara baik masalah-masalah seperti perlindungan alam sekitar, pembahagian pendapatan yang kurang rasional serta pembangunan yang kurang seimbang antara pelbagai kawasan. Beliau berkata, "Ekonomi China berkembang pesat setelah terlaksananya dasar pembaharuan dan pintu terbuka. Kerajaannya perlu memberikan perhatian tentang beberapa masalah seperti alam sekitar dan pembahagian pendapatan. Selain itu, kerajaan perlu memberikan perhatian yang lebih tinggi terhadap masalah hidup penduduk di kawasan terpencil."

Thongsing Thammavong menyatakan bahawa pembangunan sistem perundangan di China menjadi pengalaman yang berharga bagi Laos. Beliau berkata, "Sistem perundangan yang semakin sempurna menjadi syarat asas bagi pembangunan sosialis di China. Pembangunan tersebut juga sesuai dipelajari Laos untuk menimba pengalaman yang berharga."

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China