Cari:
Krisis Nuklear di Jepun Meruncing
2011-03-16 12:05:33 CRI Cetak

Krisis kebocoran radiasi nuklear di Jepun semakin meruncing selepas dua buah lagi reaktor di loji janakuasa nuklear Fukushima Daiichi meletup sehingga mencetuskan kebakaran semalam. Kerajaan Jepun turut mengarahkan kerajaan pelbagai tempat supaya meningkatkan pengawasan terhadap kadar radioaktif. Sementara itu, beberapa buah negara pula menyeru supaya warga mereka yang masih berada di kawasan bencana itu pulang ke tanah air secepat mungkin. Para pakar berpendapat bahawa krisis nuklear di Jepun ini mungkin akan menjadi satu peristiwa yang dapat mengancam keselamatan seluruh dunia.

Sekarang, pihak berkuasa Jepun masih mengekalkan tahap keselamatan mengenai insiden letupan loji nuklearnya pada tahap 4 mengikut skala antarabangsa. Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan turut mengarahkan penduduk yang tinggal di sekitar 30 kilometer dari loji nuklear Fukushima Daiichi supaya tidak keluar dari rumah dan menjimatkan elektrik. Pakar yang berkenaan dari Jepun menyifatkan krisis tersebut sebagai amat kritikal dan membimbangkan. Berapa banyak jumlah bahan radioaktif yang sudah terbocor daripada loji nuklear Fukushima Daiichi, kini masih tidak dapat dianggarkan dengan tepat.

Menurut data yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Sains dan Teknologi (MEXT) semalam, berikutan letupan dan kebakaran yang terjadi di loji janakuasa nuklear Fukushima Daiichi, tahap radiasi di Wilayah Kanto didapati lebih tinggi daripada peringkat normal, dan tersebarnya bahan radioaktif dikesan kerap bertukar haluanan mengikut arah tiupan angin.

Jepun merupakan salah sebuah negara yang paling kerap mengalami bencana gempa bumi. Namun, ia masih telah membina sebanyak 55 buah loji janakuasa nuklear, dan lebih 70% daripadanya dibina di wilayah yang paling mudah dilanda gempa bumi. Apa puncanya kerajaan Jepun membina begitu banyak loji nuklear di Wilayah Fukushima? Menurut laporan media Jepun, pembinaan loji nuklear di negara itu mempunyai kaitan yang rapat dengan persekitaran politiknya. Sebenarnya, rancangan membina loji nuklear di sesebuah wilayah mesti mendapat pengesahan dan persetujuan daripada penduduk tempatan terlebih dahulu. Begitu banyak loji nuklear dibina di Fukushima kerana penduduk tempatan telah berjaya dipujuk oleh politikus pada ketika itu.

Selain itu, para pakar juga menyatakan bahawa krisis nuklear yang terjadi di Jepun ini juga membongkarkan masalah buatan manusia yang wujud dalam proses pembangunan dan pengoperasian loji nuklear di negara matahari terbit itu.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China