Pasukan Penyelamat Antarabangsa China telah menjalankan operasi menyelamat di Iwate Kan yang dilanda bencana yang serius untuk hari kedua semalam. Menurut situasi tempatan dan mintaan pihak Jepun, pasukan penyelamat China bukan sahaja berusaha mencari mereka yang masih hidup bahkan mula mencari mayat mangsa bencana itu.
PBB telah menghantar kumpulan yang terdiri daripada tujuh orang pakar ke Jepun untuk membantu negara itu menyelaraskan operasi menyelamat yang dijalankan oleh pasukan penyelamat antarabangsa. Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sedang memelihara perhubungan yang erat dengan kerajaan Jepun untuk berkongsi maklumat kawasan bencana.
Selain itu, kerajaan Singapura, Rusia, Afrika Selatan, Filipina, Itali dan Israel telah menghantar pasukan penyelamat dan pasukan perubatan ke kawasan bencana Jepun. Atas mintaan Jepun, Rusia akan membekalkan 200 ribu tan gas asli kepada Jepun.