Cari:
China Berusaha Mengundurkan Warganya dari Kawasan Bencana Jepun
2011-03-16 11:46:37 CRI Cetak

Setelah gempa bumi dahsyat melanda bahagian timur laut Jepun, Kedutaan Besar China di negara itu berusaha menyelamatkan warga China yang terperangkap di sana. Kedutaan besar dan konsulat China telah menghantar 60 buah bas semalam untuk membawa keluar warga China yang terkandas di kawasan Miyagi dan Fukushima yang dilanda bencana teruk. Sementara itu, pihaknya telah menghubungi syarikat penerbangan untuk menghantar pulang warga China tersebut ke tanah air.

Menurut pengumuman kecemasan Kedutaan Besar China di Jepun semalam, pihaknya akan mengambil pelbagai langkah untuk mengundurkan warga China yang terkandas di kawasan yang dilanda bencana dahsyat. Konsul China yang bertugas di Jepun, Deng Wei berkata, "Keadaan di Loji Tenaga Nuklear Fukushima masih agak buruk pada masa ini. Kedutaan Besar China di Jepun dan Konsulat Jeneral China di Shinjuku mengambil beberapa langkah yang berkenaan untuk mengundurkan warga negara ini yang terkandas di kawasan yang dilanda bencana teruk. Semoga warga China di kawasan-kawasan tersebut bersikap tenang, mengikuti arahan, memahami serta bekerjasama dalam operasi tersebut. Kami akan menghantar bas untuk menjemput warga China dari kawasan-kawasan tesebut ke lapangan terbang di Tokyo dan Shinjuku, kemudian mengatur mereka menaiki kapal terbang pulang ke tanah air. Warga emas, kanak-kanak dan wanita akan diberi layanan pendahuluan dalam operasi tersebut."

Kedutaan Besar China di Jepun juga mengeluarkan pengumuman kecemasan kepada warga China di negara tersebut agar mengelakkan diri daripada kena radiasi nuklear. Pihaknya telah memaklumkan kaedah dan langkah yang terbabit kepada warga China melalui laman webnya.

Konsulat Jeneral China di Shinjuku telah menghantar 23 buah bas semalam untuk membawa keluar perantau China, orang China dan pelajar China dari Fukushima, Sendai dan Lwate ke Shinjuku. Setakat subuh pagi tadi, seramai 1,200 orang warga China dan orang Cina telah dibawa ke Shinjuku. Konsulat itu telah mengatur sebuah stadium untuk penginapan mereka. Menurut konsulat itu, pihaknya akan terus menjalankan operasi untuk mengundurkan warga China dari kawasan-kawasan yang dilanda bencana teruk.

Menurut maklumat Kedutaan Besar China di Jepun, setakat pukul 5.00 petang semalam, pihaknya belum menerima taklimat tentang kematian dan kecederaan warga China di negara tersebut. Lima kumpulan kerja di bawah pimpinannya sedang menjalankan kerja untuk mengenal pasti keadaan keselamatan warga China di Jepun.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China