China berharap dan percaya kerajaan dan rakyat Jepun pasti akan mengatasi kesukaran dan membangunkan semula kampung halaman.
Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Jiang Yu dalam sidang akhbar di Beijing hari ini. Menurut beliau, selain barang bantuan yang bernilai 30 juta yuan RMB yang telah disumbangkan, kerajaan China memutuskan untuk menghulurkan lagi bantuan percuma, iaitu 10 ribu tan gasolin dan 10 ribu tan diesel kepada Jepun.
Jiang Yu juga menyatakan harapan China, supaya Jepun memaklumkan segera perkembangan terkini, penilaian serta jangkaannya terhadap perkembangan situasi semasa keadaan kepada dunia luar.