Pasukan penyelamat China terus melakukan operasi mencari dan menyelamat mangsa di bandar Ofunato, Iwate Jepun yang teruk dilanda bencana gempa dan Tsunami. Ketika memberitahu tentang operasi pada 16 Mac lalu, jurucakap pasukan penyelamat China, Xu Zhizhong berkata:
"Kami bangun pada pukul 6 pagi, dan bertolak ke tempat yang dilanda Tsunami pada pukul 6.30 pagi. Pada sebelah pagi, kami telah melakukan operasi mencari bangsa di lebih 40 bangunan dengan menggunakan pelbagai jenis peralatan yang canggih seperti alat pengesan gelombang optik dan infracam. Walau bagaimanapun, tiada mangsa hidup ditemui di bangunan-bangunan tersebut."
Tambah beliau: "operasi menyelamat pada sebelah petang pula dilakukan dengan bekerjasama dengan jabatan bomba tempatan yang menghantar mesin peralatan besar serta pasukan penyelamat dari A.S. Dalam mesyuarat kerja pada sebelah malam, pasukan penyelamat A.S. dan pegawai Jabatan Bomba Ofunato memberikan penghargaan yang tinggi kepada pasukan penyelamat China yang menunjukkan semangat bersungguh-sungguh dan kemampuan profesional yang tinggi.
Walaupun menghadapi pelbagai kesukaran, pasukan penyelamat China tetap akan melakukan kerja mencari dan menyelamat mangsa bencana dengan sedaya upaya. Xu Zhizhong berkata: "Kami akan meneruskan kerja mencari mangsa di bandar Ofunato. Mesin peralatan besar akan digunapakai kerana ia diperlukan untuk mengesan mangsa masih hidup yang terperangkap di bawah runtuhan. Kami tidak mahu melepaskan usaha untuk menyelamat mangsa, walaupun kemungkinan sudah semakin tipis dapat menemui mangsa yang masih hidup. Kami akan meneruskan kerjasama dengan pasukan penyelamat bencana dari A.S.