Jabatan Polis Jepun memaklumkan hari ini, setakat pukul 10.00 pagi tadi, gempa bumi yang dahsyat yeng melanda kawasan timur laut Jepun serta tsunami yang diakibatkannya meragut nyawa 5,178 orang dan 8,608 orang lagi hilang.
Gempa bumi yang berukuran pada 9.0 skala Richter serta tsunami ekorannya yang melanda Jepun pada 11 Mac lalu telah mengakibatkan jumlah kematian dan kecederaan orang serta kerugian harta yang amat besar.