Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon berhubung dengan Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan melalui telefon semalam untuk menyampaikan kebimbangannya terhadap keselamatan loji janakuasa nuklear di Fukushima Jepun. Beliau menegaskan lagi PBB bersedia menghulurkan bantuan yang selanjut kepada Jepun pada bila-bila masa.
Dalam perhubungan tersebut, Ban Ki-moon sekali lagi menyampaikan simpati dan dukacita kepada mangsa bencana itu.
Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Yukiya Amano kelmarin menyatakan bahawa oleh sebab reka bentuk dan struktur loji nuklear di Jepun amat berbeza dengan loji nuklear Chernobyl di Ukrain, jadi tidak berkemungkinan besar berlakunya malapetaka di Jepun yang pernah dialami loji Chernobyl.
Pada masa yang sama, wakil Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Beijing mengeluarkan pengumuman semalam bahawa setakat ini masih belum dikesan radiasi akibat kebocoran loji janakuasa nuklear Fukushima merebak ke negara lain.