Cari:
Mangsa Korban dalam Gempa Bumi Jepun Terus Meningkat
2011-03-18 12:59:51 CRI Cetak

Jabatan polis Jepun mengumumkan hari ini, setakat pukul 9.00 pagi tadi, mangsa korban dalam gempa bumi dan tsunami di Jepun meningkat kepada 6,405 orang, dan 10,259 orang lagi hilang.

(Jepun menggunakan kereta bomba untuk memancutkan air ke reaktor loji janakuasa nuklear pertama Fukushima)

Pasukan bela diri Jepun telah berusaha memancutkan air ke dalan reaktor No.3 loji janakuasa nuklear pertama Fukushima selama lebih setengah jam malam tadi, namun jumlah radiasi di loji tersebut nampaknya tidak menurun. Usaha ini akan diteruskan hari ini.

Serentak itu, negara-negara di dunia aktif menyelaraskan pengunduran warganya masing-masing di Jepun dan terus menyumbangkan wang dan barang bantuan kepada kawasan bencana.

Pertubuhan Palang Merah Singapura telah menerima sumbangan kerajaan Singapura sebanyak 500 ribu dolar Singapura dan dermaan pelbagai kalangan masyarakat sebanyak 240 ribu dolar Singapura.

Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa, Yukiya Amano berkata semalam, beliau berharap meninjau ke loji janakuasa nuklear pertama Fukushima dalam tempoh lawatannya. Beliau juga menggesa kerajaan Jepun meningkatkan komunikasi dengan pihaknya untuk memaklumkan perkembangan situasi terkini.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China