Pertubuhan Pelajaran, Sains dan Kebudayaan BB (UNESCO) semalam mengumumkan, selepas Jepun dilanda tsunami, 33 buah negara pesisir laut di seluruh dunia akan mengadakan latihan amaran awal tsunami secara besar-besaran dengan berpusatkan Laut Caribbean.
Dalam sebuah buletin yang dikeluarkan oleh UNESCO semalam, latihan yang akan diadakan pada 23 Mac ini melibatkan 33 buah negara, termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Brazil, Peru, dan Sri Langka. Ia bertujuan untuk menguji sistem amaran awal tsunami di Laut Caribbean dan kawasan berhampiran yang ditubuhkan oleh UNESCO pada tahun 2005.