Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo menyatakan hari ini, pihaknya berharap memulihkan bekalan elektrik kepada dua reaktor loji janakuasa nuklear pertama Fukushima dan menghidupkan semula sistem penyejuk reaktor esok.
Menurut syarikat tersebut, mereka telah mula memasang kabel penghantaran elektrik kepada loji tersebut semalam, dan pertama-tama akan memulihkan penghantaran elektrik kepada sistem penyejuk reaktor No. 1 dan 2.