Cari:
Hubungan Persekutuan Jepun-A.S. Diuji Insiden Nuklear
2011-03-18 14:47:19 CRI Cetak
Amerika Syarikat (A.S.) memberi bantuan dan perhatian kepada selepas Jepun terjadinyainsiden nuklear akibat gempa bumi dahsyat. Namun, pengaruh insiden nuklear itu sudah dilihat lebih kesan daripada pengaruh gempa bumi. Jadi mencullah perselisihan penilaian terhadap perkembangan situasi terkinikeadaan sudah menimbul antara A.S. dengan rakan utamanya, Jepun dalam kebimbangan mengenai kebocoran radiasi akan menguji hubungan rakan kerjasama antara kedua-dua pihak tersebut.

Suruhanjaya Pengawalan Kuasa Nuklear A.S. dan Kedutaan Besar A.S. di Jepun telah bersama-sama mengeluarkan pengumuman bahawa warga A.S. di Jepun perlu berundur ke tempat sekurang-kurangnya 80 km jauh daripada loji nuklear yang beraan. Dimensi ini jauh lebih luas daripada angkayang ditetapkan oleh kerajaan Jepun, iaitu 30 km.

Di samping itu, kedua-dua pihak juga berdepan dengan perselisihan mengenai kaedah untuk menyelesaikan insiden kali ini. Ketua Pengarah Jabatan Pengawalan Tenaga Nuklear A.S., Gregory Jaczko menilai bahawa terdapat sekurang-kurangnya satu reaktor di Fukushima mengalami kerosakan yang lebih serius daripada keputusan dibuat oleh kerajaan Jepun. Pandangan beliau segera disangkal oleh Jepun. Ini bermakna, kebimbangan A.S. itu mengenai kebocoran radiasi jauh lebih serius daripada kebimbangan Jepun. Penilaian A.S. juga menunjukkan rasa tidak percaya terhadap sistem pengawalan risiko nuklear di Jepun. Ini akan turut menjadikan rakyat Jepun meragui kerajaan mereka.

Pada masa kebelakangan ini, A.S. berusaha untuk memperbaiki hubungan dengan Jepun yang dijejaskan oleh masalah pangkalan tentera A.S. di Jepun. Selepas gempa bumi dahsyat berlaku, A.S. pernah memandang bencana ini sebagai satu peluang untuk mengukuhkan hubungan dua hala. Oleh itu, pihak A.S. giat menyertai kerja penyelamatan di kawasan bencana pada mual-mulanya. Namun, negara itu tidak menjangka insiden nuklear telah memberi halangan yang baru kepada hubungannya dengan Jepun.

Selain itu, hubungan perdagangan antara kedua-dua negara juga menghadapi cabaran. Media A.S. melaporkan sejumlah kargo yang diangkut dari Jepun telah dikesan bahan radiasi. Dengan demikian, barangan dari Jepun akan menghadapi pemeriksaan yang lebih ketat kerana rakyat A.S. memberi perhatian yang serius terhadap kebocoran radiasi. Jika masalah tersebut tidak diselesaikan dengan baik, hubungan perdagangan dua hala akan menghadapi kemunduran.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China