Kemampuan pengeluaran garam di China mencecah 80 juta tan, manakala penjualan garam untuk masakan setiap tahun hanya mencatat lebih 8 juta tan di China. Jumlah simpanan garam di seluruh negara ini amat mencukupi, simpanan syarikat garam biasanya boleh memenuhi keperluan pasaran selama tiga bulan, bekalannya amat terjamin. Demikian dinyatakan pegawai Kementerian Perdagangan China hari ini.
Pegawai tersebut menyatakan bahawa fenomena yang beramai-ramai membeli garam yang berlaku di beberapa kawasan di China beberapa hari ini disebabkan khabar angin.
Pada masa yang sama, Kementerian Perdagangan China juga menuntut jabatan berkenaan pelbagai tempat mengambil tindakan untuk memastikan bekalan pasaran yang mencukupi.