Beliau memaklumkan bahawa pasukan bela diri menghantar helikoputer untuk menyukat suhu udara di ruangan atas loji janakuasa nuklear pertama di Fukushima pagi semalam. Suhu udara di permukaan unit No.1 hingga No.4 loji nuklear itu tidak mencapai 100 darjat Celsius. Ini membuktikan pemancuran air tersebut mencapai kesan tertentu. Jadi langkah pemancuran air untuk menyejukkan reaktor itu akan diteruskan.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan di Geneva kelmarin bahawa tahap radiasi di luar kawasan perlindungan 30 kilometer dari tapak loji nulear di Fukushima dikesan amat rendah hingga tidak mengancam kesihatan manusia.