Cari:
Situasi Loji Nuklear Jepun Dilihat dalam Keadaan Baik
2011-03-21 11:34:14 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Graham Andrew sebagai penolong khas Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Yukiya Amano, dalam sidang akhbar yang diadakan di Vienna semalam memaklumkan bahawa situasi loji janakuasa nuklear pertama di Fukushima Jepun berkembang ke arah yang baik dalam tempoh 24 jam lalu. Sekarang unit No.1, No.2 dan No.3 sedang berada dalam keadaan yang stabil. Namun, beliau menganggap situasi keselamatan di sana masih amat serius.

Pakar IAEA memaklumkan bahawa bahan radioaktif telah dikesan di dalam susu, buah zaitun dan bayam di Jepun dan tarafnya lebih tinggi daripada piawaian yang selamat. Namun, fenomena itu belum dikesan berlaku dalam bekalan air minuman Jepun.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China