Bekalan elektrik untuk reaktor unit No. 1,2, 5 dan 6 Loji Tenaga Nuklear Pertama Fukushima telah dipulihkan dan bekalan elektrik untuk reaktor unit yang lain juga akan dipulihkan tidak lama lagi. Dengan demikian, sistem pendingin untuk loji tersebut dijangka dapat beroperasi semula. Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan menyatakan bahawa keadaan di loji itu semakin baik.
Setelah operasi menggugurkan air untuk menyejukkan reaktor berkenaan dijalankan selama beberapa hari, haba di permukaan kesemua 6 unit reaktor telah terkawal di bawah 100℃. Perdana Menteri Naoto Kan bersikap optimis terhadap keadaan di loji tersebut pada masa ini.
Manakala, masyarakat antarabangsa masih bersikap saksama terhadap perkembangan penyelamatan dalam kemalangan tersebut. Ketua Setiausaha Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Yakio Amano semalam berkata, situasi di loji itu masih serius, tetapi kejayaan yang tertentu telah dicapai.