Cari:
Sukan Universiti di Shenzhen Tersedia Masakan Halal
2011-03-22 14:55:24 CRI Cetak

Sukan Universiti di Shenzhen akan menyediakan masakan halal. Demikian dinyatakan oleh Naib Datuk Bandar Shenzhen, Zhang Wen, dan Pengarah Jabatan Jaminan Logistik Shenzhen bagi Sukan Universiti Dunia, Zhu Tao dalam sidang akhbar yang dihadiri anggota Lembaga Eksekutif Jawatankuasa Penganjur Sukan Universiti Dunia Ke-26 di Shenzhen China dengan pihak media semalam.

Zhang Wen menyatakan bahawa Restoran Muslim, dapur halal dan jurumasak Muslim akan tersedia di perkampungan Sukan Universiti Dunia di Shenzhen. Staf yang berkenaan telah dihantar ke Wilayah Autonomi Hui Ningxia untuk belajar cara memasak halal.

Zhu Tao berkata bahawa memandangkan bulan Ramadan tahun ini jatuh dalam tempoh pelaksanaan Sukan Universiti Dunia di Shenzhen, pihaknya akan menyediakan sarapan pagi yang halal dari pukul 3:30 hingga 5:30, sekali gus masakan halal dari pukul 7:30 hingga 11:30 malam.

Seramai kira-kira 13 ribu orang atlet dan pegawai dari lebih 200 buah negara dan kawasan akan menyertai Sukan Universiti Dunia Ke-26 yang akan berlangsung di Shenzhen China pada 12 hingga 23 Ogos tahun ini.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China