Jabatan Pentadbiran Bahan Makanan dan Ubat-ubatan A.S. semalam mengumumkan bahawa pihaknya akan menggantungkan buat sementara waktu pengimportan produk makanan dari kawasan Jepun yang terjejas oleh pencemaran radiasi.
Susu, produk tenusu, sayur-sayuran dan buah-buahan dari kawasan Fukushinia dilarang diimport ke A.S.. Makanan laut yang diimport dari Jepun dikehendaki menerima pemeriksaan radiasi terlebih dahulu.
Produk makanan dari Jepun hanya mewakili 4% daripada keseluruhannya pengimportan produk makanan kepada A.S.. Tindakan ini tidak akan menjejaskan bekalan makanan di negara itu.