Air di tingkat bawah reaktor No.3 Loji Tenaga Nuklear Pertama Fukushima ditemui mempunyai bahan radiasi yang melebihi standard. Jabatan Keselamatan Tenaga Atom Jepun mengumumkan hari ini, reaktor tersebut mungkin sudah rosak dan mengalami kebocoran bahan radiasi.
Jurucakap jabatan itu berkata, reaktor itu masih berfungsi menutup, tetapi sebahagiannya mungkin telah rosak. Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo mengumumkan bahawa air telah menyerap ke tingkat bawah tanah reaktor itu sedalam 15 sentimeter dan kapadatan bahan radiasi dalam air itu dikesan lebih tinggi 10 ribu kali ganda daripada standard. Selain itu, 3 orang pekerja dilaporkan terkena radiasi ketika menjalankan operasi di tingkat bawah tanah reaktor itu malam semalam.