Jabatan Pentadbiran Am Pemeriksaan Kualiti dan Kuarantin Negara China memaklumkan hari ini, terdapat pengunjung dari Jepun dan kapal yang memasuki wilayah China yang sebelum ini pernah singgah di pelabuhan Tokyo dikesan radiasinya melebihi standard. Pengunjung dan kapal tersebut sekarang ini berada di bandar Wuxi dan Xiamen di kawasan pesisir China pada masa ini.
Menurut maklumat tersebut, dua orang pengunjung dari Jepun yang tiba di Wuxi pada 23 Mac yang lalu telah dikesan radiasi mereka melebihi standard. Kedua-dua mereka telah dihantar ke hospital yang ditentukan untuk menerima rawatan yang berkenaan. Menurut pakar yang berkaitan, radiasi yang dibawa oleh dua orang pengunjung Jepun itu tidak membawa unsur bahaya terhadap kesihatan orang awam.
Selain itu, sebuah kapal milik syarikat Jepun dikesan radiasinya melebihi standard ketika masuk Xiamen pada 22 Mac yang lalu. Jabatan Pemeriksaan dan Kuarantin Xiamen sedang bekerjasama dengan baban-badan yang berkenaan untuk menangani kes tersebut.