Cari:
Krisis Makanan Tercemar Radiasi Kekal di Jepun
2011-03-26 15:58:23 CRI Cetak

Menurut keputusan pemeriksaan yang dijalankan di kawasan Kanto dan bahagian timur laut Jepun semalam, bagi tahap radioaktif dalam air minum dan sayur-sayuran, ada yang naik dan ada yang turun. Sekatan terhadap air minum untuk bayi telah dibatalkan di beberapa kawasan. Manakala, krisis makanan yang tercemar dengan radiasi masih belum selesai di negara tersebut.

Tiga buah akademi kesihatan bayi Jepun mengeluarkan kenyataan kecemasan semalam untuk menyeru menjamin bekalan air minum yang selemat kepada bayi.

Beberapa jenis sayur-sayuran yang dihasilkan dari Fukushima dan Gumma telah dilarang dijual dalam pasaran disebabkan bahan radiasinya melebihi standard yang normal. Kerajaan Jepun telah mengarahkan kaum tani untuk memusnahkan ternakan dan hasil pertanian yang tercemar dengan radiasi.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China