Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo mengumumkan malam semalam, plutonium telah dikesan dalam sampel tanah yang diambil dari lima tempat di sekitar kawasan Loji Tenaga Nuklear Fukushima Pertama. Menurut syarikat tersebut, bahan tersebut mungkin berasal dari reaktor yang mengalami kebocoran.
Menurut syarikat tersebut, kepekatan Plutonium di kawasan itu masih pada tahap yang rendah dan tidak akan menjejaskan kesihatan manusia. Manakala, pihaknya akan meningkatkan pemantauan terhadap bahan radiasi di sekitar kawasan tersebut.