Cari:
Piawaian Keselamatan Antarabangsa Loji Kuasa Nuklear Perlu Ditetapkan
2011-04-03 16:17:09 CRI Cetak

Piawaian keselamatan antarabangsa bagi loji kuasa nuklear perlu ditetapkan.

Demikian dinyatakan oleh Menteri Luar Jepun, Takeaki Matsumoto dan Naib Canselor yang juga Menteri Luar Jerman, Guido Westrwelle dalam pertemuan di Tokyo malam tadi.

Takeaki Matsumoto menyatakan, pihaknya sedang berusaha untuk menyelesaikan insiden Loji Kuasa Nuklear Daiichi Fukushima. Menjamin keselamatan loji kuasa nuklear merupakan perkara yang penting bagi Jepun bahkan masyarakat antarabangsa. Jepun bersedia memberi sumbangan terhadap peningkatan tahap keselamatan loji kuasa nuklear.

Guido Westrwelle pula menyatakan, pihaknya bersedia menghulurkan bantuan bagi Jepun menyelesaikan insiden tersebut dan pembangunan semula pasca gempa.

Beliau dalam sidang media selepas pertemuan itu juga berkata, piawaian keselamatan antarabangsa bagi loji kuasa nuklear perlu ditetapkan atas panduan Agensi Tenaga Atom Antarabansga (IAEA).

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China