Cari:
Usaha Hentikan Kebocoran Air Tercemar Radiasi Unit 2 Loji Nuklear Fukushima Gagal
2011-04-03 17:02:00 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Kerja menyumbat rekahan pada bangunan unit 2 loji nuklear Fukushima dengan menggunakan konkrit kini gagal. Air yang dicemari radiasi masih didapati mengalir ke laut. Syarikat Kuasa Elektrik Tokyo, hari ini berkata bahawa pihaknya sedang menggunakan bahan polimer untuk menyumbat rekahan tersebut dan menghentikan kebocoran air tercemar.

Sementara itu, syarikat itu juga bertindak mengeluarkan air tercemar daripada Unit 1 hingga Unit 3 bagi membolehkan pekerja masuk ke dalamnya untuk memulihkan fungsi kesejukan.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China