Tokyo Electric Power Co. (TEPCO) merancang untuk melepaskan air yang mengandungi paras radiasi rendah ke laut bagi mengosongkan tangki di Loji Janakuasa Fukushima. Tindakan itu untuk membolehkan air yang mengandungi paras radiasi lebih tinggi disimpan di tangki tersebut.
TEPCO semalam mengumumkan, sebanyak 11,500 tan air tercemar akan dilepaskan ke laut kemungkinan hari ini, dengan bacaan radiasi yang direkodkan mencecah kira-kira 100 kali ganda lebih tinggi berbanding tahap yang dibenarkan kerajaan.
Setakat pukul 8.00 malam tadi, gempa bumi dan tsunami di Jepun sudah mengorbankan 12,259 nyawa dengan lebih daripada 15 ribu orang dikhuatiri hilang. Jumlah mangsa yang ditempatkan di pelbagai tempat perlindungan sementara, kini lebih 166 ribu orang.