Cari:
TEPCO: Usaha Hentikan Kebocoran Air Tercemar Berjaya
2011-04-06 17:52:53 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Tokyo Electric Power Co. (TEPCO) hari ini mengesahkan, usaha menghentikan kebocoran air yang dicemari radiasi di unit No.2 Loji Janakuasa Fukushima sudah berjaya setelah sejenis bahan kimia disuntikkan ke dalam lapisan batu itu.

Jumlah air yang mengandungi paras radiasi tinggi di loji nuklear Fukushima dianggarkan mencecah 60 ribu tan. Kaedah membersihkan air tercemar itu, kini masih memeningkan kerajaan Jepun.

TEPCO mula melepaskan air yang mengandungi paras radiasi rendah ke laut malam kelmarin bagi mengosongkan tangki di Loji Janakuasa Fukushima. Tindakan tersebut membolehkan air yang mengandungi paras radiasi lebih tinggi disimpan di tangki berkenaan. Bagaimanapun, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan Republik Korea semalam mendakwa, tindakan Jepun itu mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China