Cari:
Jepun Pam Gas Nitrogen Elak Letupan Hidrogen
2011-04-07 14:13:06 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Tokyo Electric Power Co. (TEPCO) malam tadi mula mengepam gas nitrogen ke dalam bekas reaktor No.1 di loji nuklear Fukushima selepas mereka berjaya menghentikan kebocoran air yang dicemari radiasi ke dalam laut di satu lagi reaktor di loji itu.

Langkah tersebut untuk mengelakkan kemungkinan berlaku letupan hidrogen di reaktor berkenaan. Dianggarkan kira-kira 6,000 meter padu gas nitrogen akan dimasukkan ke dalam bekas reaktor itu dalam masa terdekat.

Pada waktu yang sama, kerajaan Jepun membenarkan penduduk yang sebelum ini tinggal dalam lingkungan 20 kilometer dari loji Fukushima, pulang ke rumah masing-masing untuk waktu yang singkat. Mereka akan ditemani polis dan pegawai kerajaan tempatan.

Selain itu, kerajaan Jepun juga menubuhkan sebuah jabatan khas bagi menyelesaikan isu pampasan kepada penduduk tersebut.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China