Cari:
Gegaran Susulan Mungkin Bawa Masalah Baru di Loji Fukushima
2011-04-08 11:42:57 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Kerja mengepam gas nitrogen ke dalam bekas reaktor No.1 di loji nuklear Fukushima oleh Tokyo Electric Power Co. (TEPCO) mulai pagi semalam, berjalan lancar. Bagaimanapun, Jepun bimbang gegaran susulan berukuran 7.4 skala Richter yang melanda bahagian timur lautnya malam semalam, akan menimbulkan masalah baru di loji berkenaan.

Langkah TEPCO itu untuk mengelak kemungkinan berlaku letupan hidrogen di reaktor tersebut. Bagaimanapun, Agensi Tenaga Atom Jepun mengeluarkan amaran kemungkinan gas yang mengandungi bahan radioaktif di dalam reaktor No.1 akan bocor. Agensi itu juga mengarahkan TEPCO supaya mengawasi tahap radiasi di sekitar loji Fukushima, dan menyalurkan segera maklumat berkenaan kepada orang ramai.

Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yukio Edano dalam sidang media semalam berkata, berdasarkan perkembangan terkini, penduduk yang berada dalam lingkungan antara 20 hingga 30 kilometer dari loji Fukushima mungkin dipindahkan dalam masa terdekat.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China