Projek pencegahan air tercemar radiasi daripada merebak ke laut mula dilaksanakan oleh Tokyo Electric Power Co. (TEPCO) pada 9 April lalu di Loji Janakuasa Fukushima. Di samping itu, kerja melepaskan air yang mengandungi paras radiasi rendah ke laut sudah masuk ke tahap akhir. Menurut pakar Jepun, air tercemar itu akan merebak ke seluruh Lautan Pasifik dalam tempoh 30 tahun akan datang, namun paras radasi air itu akan menurun menjadi amat rendah
TEPCO menggunakan papan besi untuk mencegah kebocoran air radiasi mulai 9 April lalu. Syarikat tersebut juga akan membina jaringan pertahanan di tebing laut sekeliling Loji Janakuasa Fukushima