Cari:
Pencemaran Nuklear di Fukushima Jauh Berbeza dengan Chernobyl
2011-04-13 15:34:03 CRI Cetak

Walaupun Jepun menaikkan tahap pencemaran di loji janakuasa nuklear Fukushima ke tahap tujuh, sama dengan tahap pencemaran nuklear di Chernobyl, namun situasi kedua-duanya jauh berbeza.

Naib Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa bagi Hal Ehwal Keselamatan Nuklear, Denis Flory menjelaskan, apa yang berlaku di Chernobyl berpunca daripada letupan di reaktor yang sedang beroperasi. Ia menyebabkan kebakaran dan membawa bahan radiasi ke kawasan tinggi dan luas. Tidak seperti insiden di Chernobyl, pencemaran berlaku pada reaktor Fukushima yang sudah ditutup ketika dilanda gempa bumi. Walaupun letupan juga berlaku, namun ia di luar kebuk tekanan reaktor.

Flory berkata demikian di Vienna semalam.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China