Cari:
Kerajaan Jepun Tingkatkan Tahap Keterukan Kemalangan Loji Nuklear Fukushima
2011-04-13 15:59:54 CRI Cetak

Kerajaan Jepun mengumumkan semalam untuk meningkatkan tahap keterukan kemalangan Loji Tenaga Nuklear Fukushima kepada peringkat ke-7. Sebelum ini, selama 3 minggu tahap keterukan kemalangan tersebut dikekalkan pada peringkat ke-5.

Berdasarkan peraturan antarabangsa, jika jumlah kebocoran radiasi mencatat 10,000 trilion Becquerel, keterukan kemalangan itu akan diklasifikasikan pada peringkat ke-7. Menurut pakar berkenaan, jumlah kebocoran radiasi akibat kemalangan di Loji Tenaga Nuklear Fukushima mungkin mematuhi standard tersebut.

Media Jepun menyebut bahawa peningkatan tahap keterukan kemalangan tersebut ditunda kerana sukar untuk memastikan jumlah kebocoran radiasi.

Selain itu, dengan peningkatan tahap keterukan itu akan memudahkan Jepun mengadakan kerjasama dengan negara-negara asing. Menurut media, jikalau tahap keterukan ditetapkan pada peringkat ke-7 ketika kemalangan itu baru berlaku, kerajaan dan pihak-pihak berkaitan boleh mengambil langkah yang lebih berkesan untuk menangani kemalangan tersebut.

Akhbar New York Times A.S. memetik kenyataan pakar nuklear sebagai berkata, kerajaan Jepun mengakui kemalangan pada tahap yang begitu teruk setelah sebulan ia berlaku, dan ini amat mengecewakan. Menurut pakar-pakar Jepun lagi, Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo mungkin hendak menyembunyikan kebenaran atau kerajaan Jepun enggan meningkatkan peringkat kemalangan tersebut supaya tidak timbul kebimbangan.

Kini, pelbagai pihak yang berkaitan sedang berusaha menangani kemalangan di Loji Tenaga Nuklear Fukushima. Menurut pakar dari Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo, kemalangan kali ini mungkin sama atau lebih teruk berbanding dengan kemalangan di Loji Tenaga Nuklear Chernobyl.

Badan Keselamatan Tenaga Atom Jepun menyatakan semalam, jumlah kebocoran radiasi kali ini telah mencatat 370,000 trilion Becquerel. Selain itu, Jawatankuasa Keselamatan Tenaga Atom menjangka bahawa jumlah kebocoran mencatat 630,000 trilion Becquerel. Kedua-dua angka tersebut adalah jauh lebih tinggi daripada tahap keterukan peringkat ke-7.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China