Cari:
Negara Pemeterai Konvensyen Keselamatan Nuklear Perlu Pantau Keselamatan
2011-04-15 15:55:10 CRI Cetak

Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Nuklear Negara China, Li Ganjie berkata, Negara yang menandatangani Konvensyen Keselamatan Nuklear perlu mengambil iktibar daripada kemalangan Loji Tenaga Nuklear Fukushima. Mereka perlu berusaha menjamin keselamatan loji tenaga nuklear masing-masing. Li berkata demikian dalam Mesyuarat Penilaian ke-5 negara pemeterai Konvensyen Keselamatan Nuklear yang berakhir di Vienna semalam.

Menurut beliau, masyarakat antarabangsa perlu memahami betapa serius kemalangan kali ini dan menjamin keselamatan ketika menggunakan tenaga nuklear. Pelbagai negara pemeterai konvensyen tersebut meminta Jepun mencatatkan pengalaman mereka agar masyarakat antarabangsa dapat berkongsi maklumat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China