Kerugian ekonomi akibat gempa bumi Jepun mungkin mencatat 16 hingga 25 trilion yen. Walau bagaimanapun, ekonomi negara itu akan pulih secara perlahan pada tahun ini.
Demikian dinyatakan oleh Duta Diplomasi Ekonomi Jepun, Hideaki Domichi dalam perbincangan tentang "mengenal semula potensi pertumbuhan ekonomi Jepun" dalam Forum Asia Boao hari ini. Kata beliau, Jepun sedang memikul tekanan kemorosotan pengeluaran industri.
Beliau juga memaklumkan, jalan raya, landasan kereta api di kawasan bencana sudah dibaikpulih, dan bekalan elektrik juga akan ditingkatkan.