Cari:
Forum Asia Boao Terajui Pembangunan Berterusan Asia
2011-04-18 15:45:49 CRI Cetak

Sidang Forum Asia Boao 2011 di provinsi Hainan, China berakhir baru-baru ini. Semasa merumuskan hasil yang dicapai dalam sidang kali ini, Ketua Setiausaha Forum Asia Bo'ao, Zhou Wenzhong menyifatkannya menjadi platfrom kepada pelbagai negara Asia untuk meneroka kerjasama serantau demi kepentingan bersama, sekali gus menyuarakan hasrat negara Asia di peringkat antarabangsa.

Menurut beliau, penganjuran Forum Asia Bo'ao merupakan satu perkara yang cukup membanggakan kerana forum ini sentiasa menarik penyertaan sejumlah besar tokoh politik dan usahawan yang terkemuka di seluruh dunia. Sidang yang berfokus kepada tema "pembangunan berdasarkan inklusif" ini selaras dengan arus perdana pembangunan di pelbagai negara, khususnya dalam mencari kaedah pertumbuhan ekonomi yang baru dan mewujudkan pembangunan yang berterusan di rantau ini.

Zhou Wenzhong berkata, isu pembangunan, proses integrasi dan kerjasama serantau antara perkara yang diberikan perhatian dalam Forum Asia Boao. Bagaimana merealisasikan pembangunan bersama merupakan perkara yang perlu diteliti oleh pelbagai negara Asia memandangkan terdapatnya jurang perbezaan yang agak besar antara negara-negara serantau.

Tambah beliau, kepentingan bersama dan pengaturan perdagangan bebas juga menjadi topik hangat para peserta dalam sidang Forum Asia Boao kali ini. Zhou Wenzhong berkata, masalah-masalah yang dihadapi oleh pelbagai negara Asia buat masa ini hanya dapat diselesaikan secara sempurna melalui usaha pembangunan sahaja. Oleh yang demikian, pembangunan merupakan usaha bersama yang perlu dilakukan oleh semua negara Asia, dan juga kepentingan bersama negara-negara Asia.

Zhou Wenzhong juga berkata, kaedah kerjasama dan proses integrasi di rantau Asia mungkin berbeza dengan kaedah yang dihadapi oleh negara-negara Amerika Utara dan Eropah. Di samping itu, perjanjian perdagangan bebas dua hala atau mutilateral yang melibatkan beberapa buah negara Asia kini dilaksanakan dengan lancar, dan dijangkan ditambah pada masa akan datang. Beliau yakin Asia akan memberikan sumbangan yang lebih besar kepada pertumbuhan ekonomi sejagat dan keharmonian dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China