Cari:
Pemimpin dan Media ASEAN Memuji Ucapan Presiden Hu Jintao
2011-04-21 15:29:54 CRI Cetak

Sidang Tahunan Forum Asia Boao 2011 yang bertemakan "Pembangunan Toleran: Aagenda Sama dan Cabaran Baru"di Pprovinsi Hainan, China berakhir baru-baru ini. Presiden China, Hu Jintao menyampaikan ucapan yang bertajuk "Mendorong Pembangunan BeRsama, Menubuhkan Asia Harmoni" dalam sidang tersebut. Bertepatan dengan ulang tahun ke-10 penubuhan Forum Asia Boao, ucapan Presiden Hu dan sidang tahunan itu dipuji oleh pemimpin dan media Asia Tenggara.

Salah seorang Perintis Forum Asia Boao, mantan Presiden Filipina, yang juga mantan Pengerusi Majlis Forum Asia, Fidel Valdez Ramos ketika diwawancara berkata, forum tersebut merupakan forum antarabangsa yang pertama berpangkalan di Asia yang mendorong untuk mewujudkan integrasi ekonomi, kerjasama transnasional, dan pertukaran kebudayaan bagi memelihara kepentingan negara-negara di Asia. Sejak forum tesebut ditubuhkan, semangat "berkongsi kepentingan, aktif bertukar-tukar pandangan, dan persahabatan ikhlas"ini menyatukan pelbagai negara di Asia.

Menurut beliau, China memainkan peranan yang semakin penting dalam pembangunan Asia bahkan dunia, dan mempunyai potensi pasaran yang besar. Berikutan kemerosotan dua pasaran tradisional ASEAN, yakni pasaran Eropah dan A.S., China beransur-ansur menjadi enjin pertumbuhan ekonomi Asia Tenggara.

Akhbar Lianhe Zaobai Singapura menyiarkan rencana pengarang yang berpendapat bahawa ucapan Presiden Hu mencerminkan kesediaan China memainkan peranan yang lebih positif di kawasan tersebut. Di samping meningkatkan penyertaan dan dorongan pembangunan Asia, serta berkongsi peluang pembangunan dengan negara-negara lain, China juga berusaha menggambarkan sikap persahabtan bagi menghapuskan keraguan negara lain terhadap peningkatan kekuatan berterusan China agar terus memainkan peranan di Asia.

Akhbar Bangkok Post Thailand menyiarkan ulasan bahawa Presiden Hu dalam ucapannya menyeru supaya menubuhkan model keselamatan Asia yang baru untuk mengelakkan pertikaian akibat perselisihan wilayah dan kedaulatan pelbagai negara yang semakin menjejaskan keamanan serantau.

Akhbar Harian Antrabangsa Indonesia yang mengeluarkan artikel bertajuk "Peniaga Syarikat Kerajaan Indonesia bersama-sama membangunkan Asia yang harmoni" menyifatkan ucapan Presiden Hu menyemarakkan semangat Asia dan tradisi yang baik. Ucapan beliau mendapat perhatian pelbagai negara Asia termasuk Indonesia. Negara-negara tersebut perlu menghargai peluang sejarah untuk mengembangkan kerjasama bagi mewujudkan keharmonian di Asia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China